![]() |
Sinopsis:-
Zariff pula seorang lelaki yang tidak pernah percaya pada cinta. Kesukaannya, berpelesiran dengan wanita-wanita cantik. Bukan cinta yang dicari tetapi keseronokan menghabiskan masa bersama si jelita yang manja.
Pertemuan secara tidak sengaja dengan Arisa, tanpa dia sedari telah mengubah keseluruhan gaya hidupnya.
Beberapa pertemuan yang tidak disengajakan berakhir apabila Arisa menjadi calon yang mencuba nasib mencari rezeki di syarikatnya. Menolak semua calon yang lain, dia nekad memilih Arisa sebagai pembantu peribadinya.
Rasa tertarik pada Arisa dan rasa geram sering ditolak oleh Arisa membuat Zariff tercabar. Akhirnya mereka
berkahwin kerana kepentingan bersama. Perkahwinan mereka sama-sama dirahsiakan. Pada Arisa, Berkahwinan itu tidak lebih untuk menghalalkan apa yang haram sebelumnya.Tetapi, untuk Zariff, perkahwinan itu secara perlahan-lahan telah mengajarnya tentang kehidupan yang lebih baik. Belajar
untuk menjadi ketua keluarga mengajarnya erti tanggungjawab dan dia mula membuka hati untuk menerima
perkahwinan itu sebagai satu ikatan yang suci.
Malangnya cara Zariff mendapatkan Arisa, membuat Arisa tidak yakin langsung dengan perubahan Zariff. Lebih-lebih lagi, pada masa yang sama, ibu Zariff sibuk mahu menjodohkan Zariff dengan Nabila.
Apakah penamat hubungan di antara Zariff, Arisa dan Nabila? Mampukah Zariff menggapai cintanya? Terus matikah perasaan Arisa kerana duka semalam? Dan,mungkinkah Nabila cinta yang betul-betul layak buat Zariff?
“Mungkinkah hati yang mati, ‘kan bernafaskembali? “Mungkinkah rasa yang hilang, ‘kan mencari Jalan pulang?“Mungkinkah asa yang runtuh, ‘kan kembali teguh?”
No comments:
Post a Comment