08 April 2014

HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Copy di bawah ye.. emel ke boothkami8887@gmail.com 


Dear SeMpoIiIan BookS RenT,

komen :

pertanyaan :

maklum balas :


Daripada 
nama :
email :



EMAIL : boothkami8887@gmail.com

maklum balas anda amat kami perlukan untuk memantapkan lagi our SeMpOiIi service.


MUNGKINKAH ? HANNI RAMSUL



Sinopsis:-

Arisa mencintai Radhi sepenuh hati tetapi, cintanya hanya membawa sengsara. Menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab, membuat dia serik untuk jatuh cinta lagi. Dengan payah, dia meminta meminta perpisahan.

Zariff pula seorang lelaki yang tidak pernah percaya pada cinta. Kesukaannya, berpelesiran dengan wanita-wanita cantik. Bukan cinta yang dicari tetapi keseronokan menghabiskan masa bersama si jelita yang manja.

Pertemuan secara tidak sengaja dengan Arisa, tanpa dia sedari telah mengubah keseluruhan gaya hidupnya.
Beberapa pertemuan yang tidak disengajakan berakhir apabila Arisa menjadi calon yang mencuba nasib mencari rezeki di syarikatnya. Menolak semua calon yang lain, dia nekad memilih Arisa sebagai pembantu peribadinya.

Rasa tertarik pada Arisa dan rasa geram sering ditolak oleh Arisa membuat Zariff tercabar. Akhirnya mereka
berkahwin kerana kepentingan bersama. Perkahwinan mereka sama-sama dirahsiakan. Pada Arisa, Berkahwinan itu tidak lebih untuk menghalalkan apa yang haram sebelumnya.Tetapi, untuk Zariff, perkahwinan itu secara perlahan-lahan telah mengajarnya tentang kehidupan yang lebih baik. Belajar
untuk menjadi ketua keluarga mengajarnya erti tanggungjawab dan dia mula membuka hati untuk menerima
perkahwinan itu sebagai satu ikatan yang suci.

Malangnya cara Zariff mendapatkan Arisa, membuat Arisa tidak yakin langsung dengan perubahan Zariff. Lebih-lebih lagi, pada masa yang sama, ibu Zariff sibuk mahu menjodohkan Zariff dengan Nabila.

Apakah penamat hubungan di antara Zariff, Arisa dan Nabila? Mampukah Zariff menggapai cintanya? Terus matikah perasaan Arisa kerana duka semalam? Dan,mungkinkah Nabila cinta yang betul-betul layak buat Zariff?

“Mungkinkah hati yang mati, ‘kan bernafaskembali? “Mungkinkah rasa yang hilang, ‘kan mencari Jalan pulang?“Mungkinkah asa yang runtuh, ‘kan kembali teguh?”

BILA HATI DAH SUKA BY CAHAYA IZZATI


Sinopsis:

Auni Liyana seorang gadis yang ceria dan agak nakal. Namun, ada satu rahsia yang sengaja dipendam. Dia tidak pasti apakah esok masih ada untuknya. Dia nekad untuk membahagiakan orang-orang di sekelilingnya. Cinta bukan lagi pilihan dalam hatinya!
Rifdi Riyadh seorang lelaki yang tampil berkarisma dan agak ego. Kehadiran semula lelaki yang pernah disayangi Auni Liyana sejak sekolah itu sedikit menggoyahkan pendirian hatinya. Namun, ternyata lelaki itu masih menyimpan perasaan yang sama terhadapnya. Tetapi ternyata, perasaan mereka berdua jauh berbeza.

Hadir pula Doktor Hazim sebagai doktor pelatih. Doktor muda itu menunjukkan sikap prihatin yang menyenangkan hati. Auni Liyana gembira berkawan dengan doktor itu. Semakin hari, dia semakin lemah. Mujurlah doktor muda itu tidak pernah jemu memberinya kata-kata semangat.

Bagaimanakah kesudahan hidup Auni Liyana? Apakah keajaiban hanya wujud dalam cerita dongeng? Adakah Rifdi Riyadh akan terus membencinya? Apakah Auni Liyana tidak akan menyedari perasaan sayang yang tersembunyi dalam setiap pandangan Doktor Hazim?

“Terus terang Nana katakan, Nana tak mungkin akan pernah membenci Rifdi. Sayang Nana sentiasa ada. Tapi... Nana tak boleh! Nana tak layak untuk Rifdi.”- Auni Liyana.

“Kalau aku dan kau... enjoy, happy, bahagia... atau apa aje perkatan yang positif, tak mungkin akan wujud.” - Rifdi Riyadh.

“Tapi tolong berjanji dengan saya sesuatu. Jangan pernah berhenti berharap...”- Doktor Hazim.

MY REVIEW YG SEMPOIII
SEDIH DAN SEMPOI.. 
CERITA KESAKITAN YANG DILALUI AUNI MEMBUATKAN KITA SEDIH NAMUN SEMANGAT WATAK AUNI NI MEMBUATKAN KITA HIDUP LEBIH SEMPOI.,
MENGEMBIRAKAN ORANG SEKELILING MEMBUATKAN WATAK TERSEBUT LEBIH TABAH, 


ONE DAY YOU'LL BE MINE - INAZWA YUSOF

SINOPSIS 



Dia seorang gadis yang hidup bukan hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna!

Bagi Anith Fitriah, keluarganya bersalah kerana merahsiakan hal besar itu daripada pengetahuannya. Dengan alasan, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi hakikatnya, tindakan mereka telah menyebabkan Anith Fitriah berasa menyesal atas keputusan yang dibuatnya. Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia takkan meninggalkan Dzul Ehsan kemudian meneruskan kehidupan yang telah diaturkan oleh kedua-dua belah keluarga mereka.

“Kau pekak ek?”

“Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, I’m not deaf. Thank you for asking.”

“Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume TV ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?”

“Okay, but stay away from my stuff and get your own TV.”

Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perspektif Anith Fitriah, kedua-dua lelaki itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang paling indah di matanya hanyalah Nik Afezal. Dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya… ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati bila bercerita tentang lelaki itu!

“Jangan cari pasal dengan aku awal pagi macam ni, boleh tak?”

“Jadi aku patut tunggu tengah hari atau malam sebelum cari pasal dengan kau? Is that what you’re suggesting?”

“Pergi mampus.”

“Terima kasih, I love you too.”

Arghhh!!! Dia memang sengaja mahu menyakitkan hati aku.

Tapi kenapa banyak perkara yang berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya.

Adakah itu tandanya… Dzul Ehsan yang berjaya menarik perhatiannya sekali gus berjaya memiliki hatinya? Tapi bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disayanginya, iaitu Nik Afezal?

Oh, sesungguhnya dia harus bijak memilih! Dan pilihannya pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir.

“Kenapa kau nak kahwin dengan orang yang menyusahkan?”

“Mudah… sebab aku sayang kau.”


OK MY REVIEW PLAK..
NOVEL NI STARTING LITTLE BIT BORING, BUT KEJAP JE..
DALAM NI SEMUA PERASAAN ADA..MENANGIS BOLEH, KETAWA BOLEH, TERHARU DAN SEMUA LA.. HAHA.. 
SO KORANG YG SUKA ANDAI ITU TAKDIRNYA, INSYALLAH SUKA PD NOVEL INI JUGA.. 
DENGAN WUJUD WATAK MAKHLUK ANEH YANG SEMEMANGNYA HIDUP.. 
WATAK GILA2 DAN BEST BETULLLL... 
GILER SEMPOIII K.

07 April 2014

SEJARAH PENULIS SEMPOI - SITI ROSMIZAH

YOOOO.. WASAPPPPP

ORAIT.. SEPERTI YANG DAH DIBERITAHU, DISINI LATAR BELAKANG PENULIS. SIKIT JE LA.. YG LEN BIAR AKU SORG JE TAU HAHA...


Nama : Siti Rosmizah Semail
Kerjaya : Peguam, penulis dan penerbit SR Publication
Tempat lahir : Kuala Lumpur
Status : Berkahwin



ORAIT. BELIAU MULA MENULIS NOVEL TAJUK ANDARI ITU TAKDIRNYA.. WARNA HIJAU MENJADI TEMA UTAMA NOVEL TERSEBUT. SANGAT MENYAYAT HATI DAN MENYENTUH KALBU.. SAPE2 BELUM BACA, SILA BACA... RUGI.. STOK UNTUK DISEWA ADA. 

karya pertama beliau - Andai Itu Takdirnya
novel ni best giler giler giler SEMPOI. 
MEMANG NGIS WOOOO... 
KALO NAK BACA, MSTI SMBUNYI BLKG ALMARI KE PETI AIS..
MMG SEDIH... 
BT MSE NI, DAH XTERKIRA BRAPE KALI AKU BCE.. MYB MORE THAN 13X. 
HAHA.. SO YG NI MMG AKU BUH 5/5
MY FAVOURITE NOVEL K... 
(PS. KALO PINJAM / SEWA, TLG PULANGKAN, SBB NI NYAWA KU, 
HNYA ORG YANG DIPERCAYAI SAHAJA BOLEH SEWA NOVEL NI)

karya kedua beliau - Cinta Kau & Aku
ORAIT YG NI...
MEMANG PALING MANTAP...
BEST SELLER BEB
HAHA... YANG INI VERSI LAWAK, DAH KALO NOVELPTAMA KERJANYE, ASYIK NGIS, SO YG KEDUA ADA VERSI KOMEDI SIKIT.. 


karya ketiga beliau - Lafazkan Kalimah Cintamu 
this another one..
page 10, 11 dah meleleh beb... 
tp ni bukan meleleh je k.. 
komedi pun ada.. lawak la..
so terkekek2.. 
so bila korang bace, mak korg akan tgk korg pelik.. jap ngis, jap gelakp.. haha... 


karya keempat beliau - 7 Hari Mencintaiku
yg ni pun best beb.. mmg xlepas.. tdo pun peluk novel... 
aku terus ja6uh chinta pada penulisan siti rosmizah 
dan senantiasa ternanti2 novel seterusnya

karya kelima beliau (terbaru 2012) - Takdir Itu Milik Aku
yang ni tebal beb... 
so kesimpulan novel dia. mmg xjumpa lagi yang nipis k.. 
haha
 dan yang terkini CURI_CURI CINTA



semuanya mantap + SEMPOIIII haha,.,

CuRi-CuRi CINTA - SITI ROSMIZAH

SINOPSIS


"Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah org tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar Tuhan panjangkan umur Abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari Abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!'

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Berlagak! Sombong! itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara, dan kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Danial Hakim harus menjadi milinya!

"Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya. sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!" Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan Tuhan tiada siapa boleh menghalangnya.

"Saya akan bertanggungjawab, Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya." Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti!.

"Kau ingat aku nak percaya lagi certa bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakankau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu kepada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya.

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti.


PERGHHHH CTER NI MEMANG SEMPOI... SITI ROSMIZAH MMG PENULIS YANG PALING SEMPOI...
KALO NAK TAHU SEJARAH PENULIS SEMPOI INI.. klik sini